Tuesday, October 26, 2010

mainan hati...

Hati terus melayang, melayang tinggi menggapai awan yang nun jauh di sana. Resah hati terus-menerus menikam kalbu, gundah jiwa terus mencengkam. Tapi hati sedar yang cinta dan kasih tetap untuknya, walau perlu menunggu lama. Kerana cinta itu hadir dari-Nya, bukan datang dari langit tapi datang dari hati.
cinta juga mainan hati..
Cinta itu juga adalah falsafah. Kerana soal benar atau salah ia terletak betapa relatifnya kita. Ia subjektif yang memungkinkan kebenaran pelbagai jawapan, dan sama sekali menolak nilai objektif. Hitam dan putih, cantik dan hodoh, pandai dan bodoh semuanya subjektif. Ia dinilai melalui sudut pandang dan mata yang memandang.
Kehebatan hati membuatkanku terasa mudah dalam menilai dan menimbang-tara sesebuah keputusan yang aku lakukan. Tapi aku sedar, dalam menilai dan menimbang-tara sebuah cinta amat sukar. Kerana cinta itu hadirnya tidak diundang, perginya tidak dirasa. Namun sebuah cinta pasti terukir indah jika Sang pengukir berjaya memahat sedalam mungkin benih-benih cinta. Benih yang tumbuh dari dua hati yang suci dan dari dua hati yang sentiasa mendambakan cinta demi cinta-Nya.

No comments:

Post a Comment