andai hari esok kau terjaga
dan mendapati tiada lagi aku di sisi
ketahuilah ada sesuatu yang bermakna
jauh lebih berharga daripada sekujur jasad ini...
andai hari esok kau mengatur langkah
pantas namun waspada
dan menyedari tiada lagi aku untuk membayangi hari kau
ketahuilah memori aku itu akan sentiasa tersemat di benak kamu
takkan lekang dek waktu yang sering menghambat..
andai hari esok kau bergembira bersama-sama yang lain
menghargai keindahan dunia
gelak dan tawa tanpa henti
ketahuilah aku di sini akan menikmati bahagia..
andai hari esok kau berdiri megah di pentas jaya
menggenggam harapan indah idaman kalbu
sambil mengukir senyuman bangga
ketahuilah aku akan turut tersenyumdi sini
kerana jayamu itu jaya berintegriti
andai hari esok sudah tersurat buatku
untuk pergi dulu sebelum kamu
biarlah kau tahu bahawa...
"I LOVE YOU"....
nukilan dari hati...
dari adik buat abang...

Read more...